Pages

15 November 2012

1MUHARAM

10 awal muharam > ada hari Asyura
10 akhir ramadhan > ada Lailatul Qadar
10 awal zulhijjah > ada hari Arafah

30 hari ni ada kelainan drp hari2 biasa utk mereka yang suka beribadat. Kena speed betul2. Hari lain blh la nk slow pun. Orang dulu2 puasa penuh 30 hari ni. Zaman sekarang? 1Muharam pun dibuat kenduri kahwin suruh org makan. Terbalik kuang. huuuuuuhhh.
 Sebagai muslim mukmin kita patut peka dan prihatin tentang tarikh2 dalam kalendar islam. Jgn la bergurau kata rumah saya takda kalendar islam. hawhawhaw

13 November 2012

JANGAN BERLENGAH JANGAN BERTANGGUH

Apabila ada orang minta diajar megucap dua kalimah syahadah di mana dia seorang non muslim yang terbuka pintu hati untuk menjadi seorang muslim, wajib kita utamakan hasrat dia. Segala urusan lain ketepikan dahulu. Tak usah bertunggu dan bertangguh. Jika kita tangguh atau menyibukkan diri dengan urusan lain dengan mengabaikan permintaan syahadah ini, kita boleh jadi kufur. Sekiranya kita tidak mengetahui hukum ini, kita dikira berdosa kerana tidak belajar.
 Oleh itu, segerakan urusan mengucap dua kalimah syahadah sekiranya kita diminta berbuat demikian. Usah takut dan ragu.

22 October 2012

PANGGILAN HAJI

Lagi 4 hari utk merayakan Aidiladha. Semoga para jemaah haji yang berada di Tanah Suci mendapat MABRUR. Jangan lupa 9 Zulhijjah hari Khamis kita berpuasa Hari Arafah. Besar pahala.

14 September 2012

FASIQ

Melakukan dosa besar dan tidak bertaubat.
Berterusan melakukan dosa kecil dengan tidak bertaubat.

Disediakan neraka utk org fasiq. Apabila hendak keluar drp neraka, dikembalikan padanya.
Pintu taubat sentiasa terbuka luas selagi hayat dikandung badan.

01 September 2012

PUASA SYAWAL

Puasa enam di bulan Syawal sangat dituntut kerana boleh menjadikan seperti puasa setahun. Selepas berpuasa sebulan Ramadhan.
Sering dikaitkan dengan gabung bersama puasa ganti. Dalam hal ini, semoleknya tak perlu gabung. Puasa ganti dan puasa enam diasingkan. Ada pendapat membolehkan bergabung puasa ganti dengan puasa enam. Pendapat ini adalah lemah dan bukan jumhur ulamak.Kalau dah terdesak dah nak habis bulan Syawal, boleh buat bergabung.
Juga menjadi persoalan ialah tentang niat puasa ganti. Oleh kerana ianya ganti kepada puasa di bulan Ramadhan, maka niatnya sama seperti di bulan Ramadhan. Sebelum terbit fajar.

13 August 2012

DOA

Doa...
makbulnya kita sedari
makbulnya kita tak sedari

kalau tak makbul, tetap Alhamdulillah kerana diberi pahala berdoa.

Antara sebab doa tak makbul ialah tidak khusyuk dan tidak menumpukan perhatian semasa berdoa. Oleh itu, elakkan daripada bercakap2 ketika berdoa.

30 July 2012

MAJLIS ILMU BULAN RAMADHAN

Sabda nabi s.a.w :
Siapa yang hadir pada majlis ilmu di bulan Ramadhan, baginya setiap langkah adalah ibadat setahun dan akan bersama aku di bawah Arasy.

21 June 2012

QADA' > MUALLAQ MUBRAM

Ketetapan Allah pada makhluk sudah tertulis. Hanya menunggu masa untuk ditunaikan. Ada yang untung ada yang rugi ada yang bahagia ada yang sengsara.
Qada' Muallaq > ketetapan yang mutlak tidak boleh diubah walau dengan apa cara sekalipun.
Qada' Mubram > ketetapan yang boleh berubah jika kena caranya. Antara pengubah Qada' ialah doa, sedekah, ziarah, hubung silaturrahim. dll..
Oleh sebab itu, Qada' menjadi rahsia Allah supaya makhluk sentiasa berusaha berikhtiar dan bertawakal dalam usaha mencapai kehidupan yang lebih baik dunia dan akhirat. Jauh sama sekali berputus asa terhadap rahmat Allah.

21 May 2012

KETIBAAN REJAB SYABAN RAMADHAN

Rejab > bulan Allah.
Syaban > bulan nabi Muhamamd s.a.w
Ramadhan > bulan umat nabi muhammad

Puasa 1rejab  > menghapus 3 tahun dosa.
Puasa 2rejab  > menghapus 2 tahun dosa.
Puasa 3rejab  > menghapus 1 tahun dosa.
Puasa 4rejab hingga hujung bulan > menghapus dosa sebulan sebulan.
Mlm ni bulih mula dh. Qiyamm lail mlm 1rejab insya Allah hati x akan mati ketika hati2 org lain mati. Di akhirat nanti dpt beri syafaat kpd 1000 org.

Mujur tahun ni 1Rejab bukan musim cuti sekolah. Cerah harapan utk puasa. Bila 1Rejab di musim kenduri kahwin, ada kata kenduri dibuat pada 1Rejab utk ambil berkat. Rekaan semata mata nih. 

16 May 2012

ANGGOTA ZAHIR

7 anggota zahir :
1. mata
2. lidah
3. telinga
4. tangan
5. perut
6. kemaluan
7. kaki

Sekiranya dapat dijaga dan dielak daripada melakukan maksiat, insya Allah akan selamat. Batin pun bakal terpelihara..

26 April 2012

REZEKI HALAL

Sabda nabi s.a.w :
Sesiapa makan daripada makanan yang halal selama 40 hari nescaya Allah menerangkan hatinya dan Allah menerbitkan dari hatinya beberapa ilmu hikmah atas lidahnya.

12 April 2012

GADAI

Apabila takda duit dan perlukan duit, apa kena buat? Berhutang la jawabnya. Dalam berhutang ni ada 3 kaedah. Pertama, saling percaya antara pemberi hutang dgn penerima hutang. Kedua, menulis surat perjanjian. Ini dianjurkan dalam Islam. Ketiga, memberi gadai barang berharga kepada pemberi hutang sebagai jaminan hutang akan dibayar.
Dalam hal ini, penerima gadaian hanya memegang barang yang digadai dan tidak boleh memerintah barangan itu. Ini bermakna, tuan asal barang itu iaitu penggadai masih berhak ke atas hasil barang gadaian.
Contoh : A menggadai tanah kpd B. Tanah itu ada dusun buah-buahan. A berhak ke atas segala hasil dusun. Buah-buahan blh dimakan dan dijual oleh A. Hasil jualan boleh digunakan untuk menebus balik tanah. B tidak ada kuasa ke atas hasil tanah yg digadai tadi. B tak dapat apa-apa keuntungan.

07 April 2012

ZIHAR

Pada zaman jahiliah, apabila seorang suami menzihar isterinya bermakna dia telah menceraikan isterinya. Katanya : "betis awak ni sama mcm beis mak saya "
Zihar yang pertama dalam Islam berlaku apabila Aus menziharkan isterinya yang bernama Khaulah. Kifarah kena. Bmula dgn memerdekakan hamba. Zaman skrg mana ada hamba. Takpa, blh puasa 2 bulan berturut-turut. Berat ni. Kalau dh puasa 50 hari, tiba-tiba hari ke 51 tak puasa, kira terbatal semua 50 hari. Start semula. Langkah kedua gagal, blh cuba beri makan kpd org miskin. Ini agak ringan sedikit.
Hati-hati dalam berkata-kata. Kerana mulut badan binasa.

P/s : sekiranya niat memuliakan isteri, x jadi zihar.

30 March 2012

3003

Senyum org yg dpt RM10k. Biasa tu. Hilang RM10k. Masih tetap senyum seperti dpt RM10k. Susah mau jumpa org begini. Hebat. Iman kuat la ni.
Biasa kita jumpa org senyum bila dpt RM10k dan masam kusut masai bila hilang RM10k. Kalau ditegur diberi salam. "Assalamualaikum"... Apa dia jawab? Apa salam salam. Tak tahu ke org sdg hilang RM10k.

24 March 2012

DOA

Kisah pada zaman nabi Musa a.s :
Kemarau panjang bertahun-tahun telah melanda sebuah kampung/bandar/negeri. Para penduduk melakukan solat hajat dan berdoa minta hujan turun selama 7 hari berturut-turut. Hujan tak juga turun. Mereka solat hajat lagi selama 7 hari berturut-turut. Begitulah mereka lakukan namun doa tidak juga makbul. Nabi Musa mendapat wahyu bahawa ada penduduk yang melakukan dosa besar. Allah mahu mereka meminta ampun dan bertaubat terlebih dahulu. Apabila wahyu dipatuhi, hujan pun turun sebaik sahaja solat hajat dan doa dilakukan. Tak perlu 7 hari. Hari pertama hujan dah turun.
Kesalahan dan dosa boleh menghalang dimakbulkan doa. Bertaubat setiap masa akan memudahkan segala urusan hidup. Sabda nabi s.a.w : Orang yang bertaubat daripada dosa seumpama orang yang tiada dosa.

28 February 2012

SUAMI ISTERI

Suami isteri masing-masing punya tanggungjawab dan peranan penting dalam memastikan kebahagiaan dan kerukunan rumahtangga. Kali ni nak cerita pasal gurau senda suami isteri besar kelebihannya hinggakan mengatasi beribadat setahun. Orang tua bergurau cara orang tua. Orang muda bergurau cara orang muda. Sebolehnya elakkan daripada bermasam muka dan duduk berjauhan. Senantiasa duduk dekat-dekat dan rapat-rapat seperti masa baru kahwin.
Pada suatu hari saidina Ali dan isteri, Fatimah bergurau senda. Entah di mana silapnya, tiba-tiba Fatimah tercucuk pada bahagian tubuh Ali menyebabkan Ali tidak suka dan bermasam muka. Fatimah amat susah hati. Bermacam cara dia memujuk Ali tetapi tidak berjaya. Last2 Fatimah tawaf mengelilingi Ali dalam usaha meminta maaf. Bila cukup 72 pusingan, Ali pun tersenyum. Maaf dah tu. Fatimah rasa lega namun tidakpuashati. Dia terus ke rumah nabi dan menceritakan kejadian yang telah berlaku. Nabi bersumpah sekiranya Fatimah mati sebelum Ali senyum, nescaya baginda tidak akan menyembahyangkan jenazah Fatimah.
Beratnya kepatuhan isteri terhadap suami. Zaman sekarang, ramai isteri marahkan suami. Dunia dah terbalik, kiamat dah dekat. Cerah masa depan tu.. Silap2 jauh dari syurga.

22 February 2012

KISAH MAULID 2

Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang terkenal dengan perangai tidak elok. Dia suka melakukan perkara munkar dan juga fasiq. Semua orang tidak suka dan marah kepadanya.
Apabila tiba bulan Rabiulawal,lelaki ni membersihkan diri dan beramal serta berselawat.Tiap-tiap tahun, lelaki ini tetap menyambut Maulidur Rasul seorang diri di bulan Rabiulawal.
Pada suatu hari, lelaki ini meninggal dunia. Semua orang tidak pedulikan dia. Tidak ada orang pergi melawat jenazahnya dan tidak mahu ambil peduli pasal pengebumian. Tiba-tiba kedengaran suara dari langit menyuruh jenazah lelaki ini dimandikan dikafankan dan dikebumikan. Suara dari langit juga menyatakan bahawa lelaki ini adalah wali Allah.

Ini kelebihan memuliakan dan menyambut maulidur rasul.

KISAH MAULID 1

Pada masa pemerintahan khalifah Marwan, terdapat seorang pemuda segak bergaya dan kaya. Kesukaan pemuda ini ialah kuda. Dia memiliki banyak kuda yang cantik, laju,mahal dan baka baik. Setiap petang dia akan menunggang kuda mengelilingi kota.
Pada suatu hari, dia menaiki kuda berhampiran istana khalifah.Tiba-tiba kuda yang dinaiki tidak boleh dikawal lalu merempuh pintu pagar istana. Kebetulan puteri khalifah berada di sebalik pintu pagar istana. Takdir Ilahi, pintu pagar istana menimpa puteri khalifah. Dengan kehendak Allah, puteri itu mati disebabkan tertimpa pintu pagar. Hal ini menyebabkan pamuda itu menjadi pesalah. Dia pun melarikan diri balik ke rumah. Khalifah amat murka di atas kematian puteri baginda. Baginda memerintahkan pemuda mengadap baginda untuk dijatuhkan hukuman.
Pemuda ini amat susah hati kerana dimurkai khalifah dan bakal menerima hukuman. Dia bernazar sekiranya terlepas daripada hukuman khalifah, dia akan mengadakan sambutan maulidur rasul secara besar-besaran. Sejak hari itu, dia berselawat tanpa henti.
Tiba hari mengadap khalifah. Apabila khalifah melihat pemuda, baginda ketawa. Dengan kehairan baginda bertanya : Sihir apakah yang engkau guna sehingga aku tidak jadi marah? Apakah yang kau baca dengan mulut terkumat-kamit?. Pemuda itu berterus terang bahawa dia tidak menggunakan sebarang sihir. Dia menyatakan bahawa dia berselawat dan berniat mengadakan sambutan maulidur rasul secara besar-besaran sekiranya terlepas hukuman khalifah.Khalifah memerintahkan supaya pemuda itu tidak dikenakan sebarang hukuman dan diberi 1000 dinar untuk sambutan maulidur rasul.

Ini baru berniat nak sambut maulidur rasul.

MAULID

Rasulullah s.a.w mengutamakan kualiti daripada kuantiti.
Baginda mengajar kita mengutamakan orang lain dalam hal-hal dunia.
Manakala dalam hal akhirat, baginda menyuruh kita mengutamakan diri sendiri daripada orang lain. Contoh dalam solat. Kita patut rebut saf hadapan. Kalau boleh, pastikan kita dapat. Kalau semua mau saf hadapan, cabut undi..
Masalahnya, kita melawan arus kehendak baginda. Kita sanggup berebut hingga bergaduh bila berebut hal dunia. Masuk bab akhirat, kita boleh kata : Demo la duk saf depan. Kawe duk belakang takpa.

Beramal dengan sunnah Rasulullah insya Allah diredhai Allah.
Jalan ke syurga sentiasa terbuka untuk kita..

20 January 2012

TAURIYAH

Digunakan dalam keadaan betul2 terdesak.
Amat tidak elok dan buruk akhlak jika menjadi makan minum harian.
Lebih2 lagi bila sudah sebati dalam diri...

19 January 2012

TAUBAT SYUKUR

Sentiasa bersyukur insya Allah tak tersungkur..
Kalau tersungkur?? Ada salah tu..
Jangan lambat2, cepat2 bertaubat..
Dalam taubat ada ubat yang merawat jiwa berkarat.

12 January 2012

IJAZAH ILMU

Kata Imam Ghazali :
Beramal dengan sesuatu ilmu tanpa memperolehi ijazah daripada guru seperti menyeberang lautan tanpa menggunakan perahu..