Pada masa pemerintahan khalifah Marwan, terdapat seorang pemuda segak bergaya dan kaya. Kesukaan pemuda ini ialah kuda. Dia memiliki banyak kuda yang cantik, laju,mahal dan baka baik. Setiap petang dia akan menunggang kuda mengelilingi kota.
Pada suatu hari, dia menaiki kuda berhampiran istana khalifah.Tiba-tiba kuda yang dinaiki tidak boleh dikawal lalu merempuh pintu pagar istana. Kebetulan puteri khalifah berada di sebalik pintu pagar istana. Takdir Ilahi, pintu pagar istana menimpa puteri khalifah. Dengan kehendak Allah, puteri itu mati disebabkan tertimpa pintu pagar. Hal ini menyebabkan pamuda itu menjadi pesalah. Dia pun melarikan diri balik ke rumah. Khalifah amat murka di atas kematian puteri baginda. Baginda memerintahkan pemuda mengadap baginda untuk dijatuhkan hukuman.
Pemuda ini amat susah hati kerana dimurkai khalifah dan bakal menerima hukuman. Dia bernazar sekiranya terlepas daripada hukuman khalifah, dia akan mengadakan sambutan maulidur rasul secara besar-besaran. Sejak hari itu, dia berselawat tanpa henti.
Tiba hari mengadap khalifah. Apabila khalifah melihat pemuda, baginda ketawa. Dengan kehairan baginda bertanya : Sihir apakah yang engkau guna sehingga aku tidak jadi marah? Apakah yang kau baca dengan mulut terkumat-kamit?. Pemuda itu berterus terang bahawa dia tidak menggunakan sebarang sihir. Dia menyatakan bahawa dia berselawat dan berniat mengadakan sambutan maulidur rasul secara besar-besaran sekiranya terlepas hukuman khalifah.Khalifah memerintahkan supaya pemuda itu tidak dikenakan sebarang hukuman dan diberi 1000 dinar untuk sambutan maulidur rasul.
Ini baru berniat nak sambut maulidur rasul.
No comments:
Post a Comment