Pages

28 February 2012

SUAMI ISTERI

Suami isteri masing-masing punya tanggungjawab dan peranan penting dalam memastikan kebahagiaan dan kerukunan rumahtangga. Kali ni nak cerita pasal gurau senda suami isteri besar kelebihannya hinggakan mengatasi beribadat setahun. Orang tua bergurau cara orang tua. Orang muda bergurau cara orang muda. Sebolehnya elakkan daripada bermasam muka dan duduk berjauhan. Senantiasa duduk dekat-dekat dan rapat-rapat seperti masa baru kahwin.
Pada suatu hari saidina Ali dan isteri, Fatimah bergurau senda. Entah di mana silapnya, tiba-tiba Fatimah tercucuk pada bahagian tubuh Ali menyebabkan Ali tidak suka dan bermasam muka. Fatimah amat susah hati. Bermacam cara dia memujuk Ali tetapi tidak berjaya. Last2 Fatimah tawaf mengelilingi Ali dalam usaha meminta maaf. Bila cukup 72 pusingan, Ali pun tersenyum. Maaf dah tu. Fatimah rasa lega namun tidakpuashati. Dia terus ke rumah nabi dan menceritakan kejadian yang telah berlaku. Nabi bersumpah sekiranya Fatimah mati sebelum Ali senyum, nescaya baginda tidak akan menyembahyangkan jenazah Fatimah.
Beratnya kepatuhan isteri terhadap suami. Zaman sekarang, ramai isteri marahkan suami. Dunia dah terbalik, kiamat dah dekat. Cerah masa depan tu.. Silap2 jauh dari syurga.

22 February 2012

KISAH MAULID 2

Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang terkenal dengan perangai tidak elok. Dia suka melakukan perkara munkar dan juga fasiq. Semua orang tidak suka dan marah kepadanya.
Apabila tiba bulan Rabiulawal,lelaki ni membersihkan diri dan beramal serta berselawat.Tiap-tiap tahun, lelaki ini tetap menyambut Maulidur Rasul seorang diri di bulan Rabiulawal.
Pada suatu hari, lelaki ini meninggal dunia. Semua orang tidak pedulikan dia. Tidak ada orang pergi melawat jenazahnya dan tidak mahu ambil peduli pasal pengebumian. Tiba-tiba kedengaran suara dari langit menyuruh jenazah lelaki ini dimandikan dikafankan dan dikebumikan. Suara dari langit juga menyatakan bahawa lelaki ini adalah wali Allah.

Ini kelebihan memuliakan dan menyambut maulidur rasul.

KISAH MAULID 1

Pada masa pemerintahan khalifah Marwan, terdapat seorang pemuda segak bergaya dan kaya. Kesukaan pemuda ini ialah kuda. Dia memiliki banyak kuda yang cantik, laju,mahal dan baka baik. Setiap petang dia akan menunggang kuda mengelilingi kota.
Pada suatu hari, dia menaiki kuda berhampiran istana khalifah.Tiba-tiba kuda yang dinaiki tidak boleh dikawal lalu merempuh pintu pagar istana. Kebetulan puteri khalifah berada di sebalik pintu pagar istana. Takdir Ilahi, pintu pagar istana menimpa puteri khalifah. Dengan kehendak Allah, puteri itu mati disebabkan tertimpa pintu pagar. Hal ini menyebabkan pamuda itu menjadi pesalah. Dia pun melarikan diri balik ke rumah. Khalifah amat murka di atas kematian puteri baginda. Baginda memerintahkan pemuda mengadap baginda untuk dijatuhkan hukuman.
Pemuda ini amat susah hati kerana dimurkai khalifah dan bakal menerima hukuman. Dia bernazar sekiranya terlepas daripada hukuman khalifah, dia akan mengadakan sambutan maulidur rasul secara besar-besaran. Sejak hari itu, dia berselawat tanpa henti.
Tiba hari mengadap khalifah. Apabila khalifah melihat pemuda, baginda ketawa. Dengan kehairan baginda bertanya : Sihir apakah yang engkau guna sehingga aku tidak jadi marah? Apakah yang kau baca dengan mulut terkumat-kamit?. Pemuda itu berterus terang bahawa dia tidak menggunakan sebarang sihir. Dia menyatakan bahawa dia berselawat dan berniat mengadakan sambutan maulidur rasul secara besar-besaran sekiranya terlepas hukuman khalifah.Khalifah memerintahkan supaya pemuda itu tidak dikenakan sebarang hukuman dan diberi 1000 dinar untuk sambutan maulidur rasul.

Ini baru berniat nak sambut maulidur rasul.

MAULID

Rasulullah s.a.w mengutamakan kualiti daripada kuantiti.
Baginda mengajar kita mengutamakan orang lain dalam hal-hal dunia.
Manakala dalam hal akhirat, baginda menyuruh kita mengutamakan diri sendiri daripada orang lain. Contoh dalam solat. Kita patut rebut saf hadapan. Kalau boleh, pastikan kita dapat. Kalau semua mau saf hadapan, cabut undi..
Masalahnya, kita melawan arus kehendak baginda. Kita sanggup berebut hingga bergaduh bila berebut hal dunia. Masuk bab akhirat, kita boleh kata : Demo la duk saf depan. Kawe duk belakang takpa.

Beramal dengan sunnah Rasulullah insya Allah diredhai Allah.
Jalan ke syurga sentiasa terbuka untuk kita..